Tuesday, 1 December 2015

UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 2
Description: PDF
Description: Print
Description: E-mail

Written by Angriani   
 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Kemahiran Mendengar
·         Merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling.
·         Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. 
·         Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien,  kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. 
·         Selain dari tutur kata, gerak geri (body language) klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. 
·         Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. 
·         Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. 
·         Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
 Kemahiran Membina Hubungan
·         Merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling.  
·         Tujuannya adalah untuk membina  perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. 
·         Sebagai satu indikator untuk memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. 
·         Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. 
·         Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas  seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling.
·         Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya.
·         Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. 
·         Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. 
1.3 PERINGKAT-PERINGKAT PROSES KAUNSELING


·         Secara umum aktiviti-aktiviti berikut berlaku dalam proses kaunseling ;

    * PENYEDIAAN DAN KEMASUKAN
    * PENJELASAN
    * PENSTRUKTURAN
    * PERHUBUNGAN
    * PENEROKAAN
    * PENGUKUHAN
    * PENGUKUHAN
    * PENAMATAN


·         Terdapat tiga peringkat asas yang utama dalam proses kaunseling individu ataupun kelompok.
·         Setiap peringkat ini merupakan suatu proses yang progresif di mana ia melibatkan perhubungan yang unik di antara kaunselor dan klien.

Peringkat Permulaan

1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai.

2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.

3. Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu

Peringkat Pertengahan

1. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian.

2. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien.

3. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.

Peringkat Penamatan

1. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan:
·         Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu.
·         Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor.
·         Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses.


Monday, 23 November 2015

MATLAMAT & OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Prasekolah merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.
Matlamat Pendidikan prasekolah adalah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. Menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan ialah merangkumi aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial. Selain itu, menguasai kemahiran asas ialah kemahiran membaca, menulis dan menaakul. Kemahiran ini adalah kemahiran asas dalam pendidikan prasekolah yang juga dikenali sebagai 3M. Selain itu, memupuk sikap positif persediaan masuk ke sekolah rendah penting kerana kelas prasekolah juga adalah sebagai medium awal bagi memberikan kanak-kanak peluang, keseronokan dan melahirkan sikap positif untuk persediaan belajar di sekolah seterusnya memasuki tahun 1.
Objektif pendidikan prasekolah ialah mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.Ini penting kerana untuk melahirkan dan menyuburkan potensi diri secara menyeluruh sifat peribadi, perwatakan sangat penting untuk perkembangan murid pada tahap awal. Ini kerana murid prasekolah adalah ibarat kain putih yang akan di warnakan pada kain tersebut dan seterusnya menghasilkan warna-warna yang cantik atau tidak cantik. Oleh itu, perkembangan secara menyeluruh sangat penting untuk membentuk kanaka-kanak yang berkeperibadian yang tinggi.
Objektif kedua ialah menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi. Bahasa Malaysia adalah bahasa perpaduan untuk semua kaum dan juga dikenali Bahasa Melayu dan ianya adalah satu kemahiran yang penting dalam komunikasi di kalangan masyarakat. Ketiga ialah menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua. Bahasa Inggeris adalah bahasa lain selain Bahasa Malaysia dan dianggap kedua terpenting dalam komunikasi. Keempat ialah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama.
Objektif kelima ialah mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. Ini adalah perkembangan yang penting untuk kanak-kanak bagi melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah. Keenam ialah mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial. Ketujuh ialah mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik dan objektif yang terakhir ialah mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

MENENTUKAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF PRASEKOLAH

Di negara kita kebanyakan pusat-pusat prasekolah dijalankan oleh pelbagai agensi yang berbeza seperti agensi kerajaan KEMAS, FELDA, Jabatan Perpaduan, Prasekolah Kementerian Pelajaran dan swasta. Memandangkan pusat-pusat prasekolah ini dikendalikan oleh pihak-pihak yang berbeza maka dari segi matlamat dan objektif penubuhannya juga berbeza. Kepentingan kepada pengajaran 3M membuka mata masyarakat tentang pentingnya pendidikan di peringkat prasekolah. Ibu bapa berlumba-lumba memilih pusat prasekolah yang dapat memenuhi harapan dan kehendak mereka. Inilah yang mendorong munculnya pusat prasekolah seperti cendawan tumbuh pada masa sekarang. Pemilihan pusat prasekolah oleh ibu bapa adalah berlandaskan kualiti yang dimiliki oleh sesuatu pusat prasekolah yang menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak. Pusat prasekolah yang mempunyai matlamat dan objektif yang menepati kehendak dan harapan akan lebih menjadi tumpuan ibu bapa.
Terdapat pelbagai kualiti pusat prasekolah yang perlu difikirkan bersama-sama ada penubuhannya menepati matlamat dan objektif atau pun tidak. Di antara penemuan penubuhan pusat prasekolah adalah seperti berikut:
a) Ada sesetengah pengusaha pusat prasekolah tidak melaksanakan program mereka dengan bersungguh-sungguh.
b) Ada pula yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
c) Ada pengusaha pusat prasekolah hanya mementingkan akademik semata-mata
d) Ada pengusaha pusat prasekolah yang memberi penekanan kepada aspek sosialisasi kanak-kanak.
Sebagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia, matlamat penubuhan pusat prasekolah secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang sama kepada semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun. Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah. Di sini mari kita lihat apakah penentuan matlamat dan objektif pendidikan prasekolah yang telah dibentuk oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke tahun satu di sekolah rendah. Pendidikan prasekolah membolehkan kanak-kanak mencapai tujuan berikut:
a) Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif yang menjadi warganegara yang patriotik;
b) Menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi;
c) Menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan bahasa Tamil;
d) Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;
e) Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid-murid beragama Islam;
f) Mengamalkan nilai-nilai murid dalam kehidupan seharian;
g) Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah;
h) Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;
i) Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik;
j) Mempunyai daya kreatif dan estetika unuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
Walau bagaimanapun secara umumnya apa yang perlu kita faham bahawa prasekolah merupakan tempat kanak-kanak mula belajar membiasakan diri dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Di mana mereka berpeluang berinteraksi bersama rakan, meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh mereka di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Peruntukan suatu alam persekitaran yang kaya dan menggalakkan potensi maksimum kanak-kanak ini boleh diwujudkan di pusat prasekolah.

Sunday, 20 September 2015

THURSDAY, MAY 28, 2009
STRES DI KALANGAN GURU WANITA SEKOLAH RENDAH DI LEMBAH KELANG
STRES DI KALANGAN GURU WANITA SEKOLAH RENDAH DI LEMBAH KELANG

Oleh:
Zuraini Hj Jamil @ Osman
Prof. Madya Dr. Hj. Bhasah Hj. Abu Bakar
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.


ABSTRAK

Tanggungjawab sebagai seorang pekerja, ibu dan isteri secara serentak di kalangan kaum wanita boleh menimbulkan konflik intrapersonal mahupun interpersonal. Konflik-konflik ini kemudiannya akan menimbulkan respon fisiologis, psikologis dan tingkah laku sebagai bentuk adaptasi terhadap suatu kondisi yang mengancam dikenali sebagai stres. Kini, masalah stres merupakan satu sindrom yang agak merbahaya kepada wanita. Satu daripada faktor utama yang membawa kepada terjadinya stres adalah berkait dengan ketensionan kerja. Kajian ini cuba memfokuskan masalah stres yang dihadapi oleh guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang. Seramai 68 orang guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang merupakan partisipan untuk kajian ini. Satu set soal selidik stres telah ditadbirkan bagi mendapatkan maklumat stres dikalangan guru-guru wanita berkenaan. Kajian ini cuba mengaitkan hubungan stres dengan latar belakang partisipan dan persekitaran kerjaya sebagai guru, tahap stres yang dihadapi serta tindakan yang diambil untuk menangani masalah stres ini. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai rujukan untuk mengenal pasti masalah stres di kalangan guru wanita sekolah rendah dan mencari penyelesaian terbaik untuk menanganinya agar harapan masyarakat yang melihat peranan guru sebagai pendidik generasi bangsa akan tercapai dan diharapkan peranan guru tidak dicemari dengan stres yang boleh menjejaskan mutu perkhidmatan mereka.

PENDAHULUAN

Sistem pendidikan memainkan peranan penting pembangunan negara. Oleh itu, pelbagai perubahan telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara sejajar dengan perubahan yang berlaku dalam aspek ekonomi, budaya dan politik. Dengan ini, sistem pendidikan negara memerlukan rancangan-rancangan dan strategi-strategi tertentu dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap tertinggi untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam abad ke-21. Justeru, pelbagai strategi dirancang dan dilaksanakan khususnya untuk bidang pendidikan dalam usaha untuk membentuk generasi yang serba berpengetahuan, berkebolehan dan mampu menempuh alaf baru yang serba mencabar. Malah, pendidikan yang berkualiti dan cemerlang adalah wahana untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berketrampilan dalam pelbagai bidang yang menjadi agenda utama pembangunan negara sejak dahulu lagi. Namun, matlamat yang jelas beserta strategi dan perancangan yang tersusun tidak mempunyai erti sekiranya sistem pendidikan gagal mencapai objketif untuk melahirkan sumber tenaga yang amanah dan cekap dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Berdasarkan ini, sistem pendidikan negara mencapai kemajuan yang pesat dan menghadapi gelombang perubahan alaf baru mengakibatkan jentera pendidikan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program-program pendidikan yang melibatkan semua hirarki dan lapisan dalam organisasi. Ini menuntut komitmen yang jitu dan kerjasama yang erat daripada seluruh jentera pendidikan bermula dari Kementerian Pendidikan, para pemimpin sekolah dan guru. Ini secara tidak langsung menjadikan fungsi sekolah bertambah penting kerana negara mengharapkan sumbangan yang maksimum daripada guru untuk merealisasikannya.

Berlandaskan tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan, penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan negara dan menurut Mohammad (1998), YAB Datuk Seri Dr Mahathir Muhammad telah menggariskan beberapa ciri yang perlu ada pada guru untuk menghasilkan sumber manusia iaitu :-
i. menguasai subjek (kandungan kurikulum)
ii. mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
iii. memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka.
iv. memahami psikolgi pembelajaran (cognitive psychology).
v. memiliki kemahiran kaunseling.
vi. menggunakan teknologi terkini.
vii. dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir.

Oleh yang demikian, dalam mencorak program pendidikan guru pada abad ke-21 ini, peranan guru bukan hanya menyampaikan kurikulum tetapi juga mampu memperkembang, mendefinsi dan menterjemahkannya selaras dengan perkembangan dan tuntutan dominan kemajuan pada masa sekarang. Suffean (1993), menggariskan beberapa peranan guru seperti berikut :
i. Agen pemangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan pelajar.
ii. Fasilitator dalam pembelajaran pelajar.
iii. Pembimbing dan model.
iv. Pengurus dan pengatur keadaan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
v. Pembuat keputusan dalam penggunaan peluang-peluang yang ada untuk pelajar.

Kassim (1998) bersetuju bahawa kerjaya guru lebih mencabar kini kerana memainkan peranan penting dalam membangunkan generasi muda yang berilmu, berketrampilan dan berakhlak. Justeru, pembentukan guru yang berkesan amatlah perlu. Jelaslah di sini, kaum guru yang menjadi penggerak organisasi pendidikan diamanahkan dengan tanggungjawab yang besar untuk memastikan segala usaha berkenaan menjadi kenyataan. Tidak lagi disangkal bahawa kepelbagaian tanggungjawab itu melahirkan reaksi dan tanggapan yang berbeza di kalangan guru-guru di Malaysia malah sedikit sebanyak memberikan beban dan tekanan kepada guru-guru untuk memikul tanggungjawab tersebut bagi memenuhi aspirasi negara.

Berdasarkan Laporan Murad (1973), iaitu Kajian Tentang Keciciran menjelaskan bahawa guru mempunyai kedudukan istimewa dalam sosial kanak-kanak dan boleh mempengaruhi mereka terhadap persekolahan. Oleh yang demikian jika guru mengharapkan pelajar belajar dengan baik kemungkinan bahawa pelajar akan kekal di sekolah adalah besar. Tetapi sekiranya pelajar merasakan bahawa guru tidak mepunyai harapan terhadap pelajar itu sendiri maka besar kemungkinan bahawa pelajar itu akan tercicir dari sekolah. Pastinya guru sekolah rendahlah yang memainkan peranan penting untuk menarik perhatian kanak-kanak ke sekolah. Kawasan Lembah Kelang pula dipilih memandangkan ia adalah sebuah wilayah yang begitu pesat membangun dari segi politik, ekonomi dan sosial. Keadaan ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pengurusan tugas guru seterusnya menjadi punca kepada masalah stres. Di samping itu, menurut Yasmin (1993) lazimnya pelajar-pelajar di bandar lebih terdedah kepada unsur positif dan negatif dalam dunia pasca moden kini berbanding pelajar-pelajar di luar bandar.

PERNYATAAN MASALAH

Menurut Boserup dan Liljencrants (1975), hampir separuh daripada sumber tenaga manusia untuk pembangunan datangnya dari kaum wanita. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kedudukan wanita masa kini telah banyak berubah dari pelbagai aspek jika dibandingkan dari zaman dahulu kerana banyak peluang-peluang seperti pekerjaan, pelajaran dan sebagainya terbuka luas untuk mereka terokai. Oleh kerana adanya pertambahan peluang inilah kini wujudnya penglibatan lebih ramai kaum wanita di dalam pekerjaan sama ada dalam sektor swasta mahupun sektor awam. Menurut Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) walaupun 9.4 % kaum wanita berkhidmat dengan pekerjaan profesional dan teknikal namun kebanyakan mereka berkhidmat sebagai guru dan jururawat.

Jelas di sini bahawa, walaupun kerajaaan telah melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan martabat profesion perguruan termasuklah memperkenalkan Diploma Perguruan Malaysia pada tahun 1996 namun golongan lelaki masih kurang menyertai profesion ini. Keadaan ini menyebabkan profeisoan perguruan dikuasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Menurut Perangkaan Pendidikan (2000) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terdapat seramai 55,427 orang guru lelaki berbanding 99,493 orang guru perempuan di sekolah rendah. Ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa guru wanita mempunyai peranan di dalam mewarnai hala tuju pendidikan bagi mendokong harapan pelajar, ibu bapa dan seterusnya negara. Justeru, semenjak dahulu profesion perguruan dikatakan menjadi kerjaya paling ideal bagi golongan wanita. Kajian ini difokuskan kepada guru wanita sekolah rendah kerana sehingga kini hampir setiap sekolah majoriti gurunya adalah wanita ramai pula yang telah menyedari bahawa wujud juga masalah besar di sebalik tugas mulia seorang guru yang sering dipandang rendah oleh kebanyakan masyarakat. Profesion perguruan sebenarnya berhadapan dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan kerjaya sebagai guru. Pada dasarnya, masalah yang dihadapi pada masa kini berkisar kepada gaji yang tidak setimpal, kepimpinan pengetua, beban tugas, persekitaran kerja yang tidak menyeronokkan, beban kerja dan sebagainya menyebabkan guru merasa tidak ada kepuasan kerja dan masalah ini secara tidak langsung mungkin akan menyebabkan stres kepada guru. Menurut Schult (1994) kepuasan kerja yang rendah akan mempengaruhi moral, motivasi dan akhirnya membantutkan potensi guru sebagai pendidik. Oleh itu timbul persoalan mampukah guru wanita menghadapi cabaran yang semakin sukar dengan beban tanggungjawab yang banyak dalam profesion mereka ini dan dapatkan mereka menangani masalah yang dihadapi agar stres tidak menggangu tugas mereka sebagai pendidik bangsa.

KEPENTINGAN KAJIAN

Pendidikan dianggap komponen penting dalam agenda negara merangka dasar pembangunan. Oleh itu, pelbagai perubahan dilakukan terhadap sistem pendidikan negara kerana diakui berperanan penting dalam usaha membangunkan sumber manusia berpengetahuan dan berkemahiran yang menjadi penggerak utama membangunkan negara. Justeru, harapan yang tinggi apabila berlaku kepesatan di dalam pembangunan sistem pendidikan negara menyebabkan ada pihak yang tersepit iaitu guru. Perubahan yang berlaku seperti berkaitan dengan beban kerja, faktor persekitaran kerjaya, masalah pelajar dan lain-lain lagi pastinya menyebabkan masalah stres ke atas guru kerana guru diharapkan supaya mempunyai sahsaiah yang baik dan boleh melaksanakan pendidikan yang bersepadu berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan jayanya bagi merealisasikan harapan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, optimis serta memberi sokongan terhadap keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara.

Menurut Kyriaco (1990), stres di kalangan guru merupakan satu masalah memandangkan ia boleh mengakibatkan gangguan yang ketara terhadap kerjaya seseorang malah boleh menyebabkan prestasi kerja seseorang. Ianya boleh menyebabkan prestasi kerja guru tergugat berikutan timbulnya kesan-kesan negatif terhadap kesihatan, daya tahan, timbul rasa tidak puas hati, masalah ketidakhadiran dan sebagainya. Oleh itu, kajian stres di kalangan guru ini sering mendapat perhatian ramai penyelidik kerana mempunyai kepentingan.

Kajian ini difokuskan hanya kepada guru wanita sekolah di Lembah Kelang atas beberapa kepentingan seperti berikut :-

i. Kajian ini penting kerana difokuskan kepada guru wanita sekolah rendah kerana sekolah rendah merupakan tahap awal pendedahan kepada kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan tentang semangat profesionalisme yang dinamis melalui pendekatan kasih sayang dan mesra agar dapat menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan yang boleh memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, amat penting untuk mengetahui keadaan guru-guru wanita di sekolah rendah tentang tahap prestasi mereka lebih-lebih lagi di Lembah Kelang yang terkenal dengan sebuah kota metropolitan di mana kanak-kanaknya lebih cepat terdedah dengan pelbagai cabaran.
ii. Kajian ini juga mempunyai kepentingan untuk mengetahui apakah sebab-sebab yang dihadapi oleh guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang sehingga mereka menghadapi stres.
iii. Seterusnya, kajian ini juga penting bagi mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi stres supaya dapat dilaksanakan segera memandangkan bidang perguruan amat penting. Jika sebab-sebab stres itu tidak dikekang maka guru yang mengalami stres secara langsung turut memberi kesan kepada pelajar dan masyarakat keseluruhannya.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umum, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan stres dengan latar belakang dan perkitaran profesion perguuran di kalangan guru-guru wanita sekolah di Lembah Kelang. Di samping itu juga, kajian ini ingin melihat tahap stres yang dihadapi serta tindakan yang diambil oleh guru-guru ini dalam menangani masalah stres. Secara khususnya persoalan kajian bolehlah di rumuskan seperti berikut:
i. Apakah guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang cenderung untuk mengalami stres?
ii. Apakah guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang berpuas hati dengan suasana persekitaran kerjaya mereka?
iii. Apakah perkaitan punca-punca yang membawa kepada berlakunya stres di kalangan guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang?
iv. Apakah tindakan yang diambil oleh guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang untuk menangani masaalah stres ?

Definisi Stres

Atlanta Reproductive Health Centre (1995) mendefinisikan stres sebagai ’wear and tear’ bagi pengalaman badan kita semasa kita menyesuaikan diri dengan persekitaran yang terus berubah. Keadaan sebegini memberi kesan fizikal dan emosi yang dapat mencetuskan rasa negatif dan positif. Stres guru menurut Kyriacou dan Sutcliffe (1978) ialah tindak balas ke atas kesan negatif seperti marah atau tertekan yang biasanya diikuti oleh kesan fisiologi dan perubahan biokimia seperti peningkatan kadar denyutan jantung dan pelepasan hormon adrenocorticotrophic ke dalam saluran darah.. Kyriacou (1987) juga mendefinisikan stres sebagai pengalaman guru yang mengalami emosi yang tidak stabil seperti tension, kecewa, marah dan tertekan akibat aspek-aspek yang timbul daripada kerjaya guru. Menurut Asmah Bee (2004), stres adalah suatu perasaan yang muncul disebabkan daripada ketidakseimbangan fisiologikal yang memberikan kesan emosi yang tidak menyenangkan dan gangguan kepada komponen kognitif.

SOROTAN LITERATUR

Para guru adalah agen perubahan dalam sistem pendidikan negara. Oleh itu, guru perlu melengkapi diri mereka dengan ciri-ciri berkualiti bagi membawa pendidikan negara ke era lebih cemerlang dan seterusnya menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Namun begitu, terdapat juga guru yang bukan sahaja gagal menjadi pencetus dan penggerak perubahan tetapi juga gagal menangani perubahan drastik yang berlaku dalam dunia pendidikan malah yang lebih parah apabila ada sebahagian daripada mereka menjadi mangsa kepada perubahan ini kerana disebabkan beberapa faktor dan antaranya ialah masalah stres. Jika tidak ditangani masalah stres ini, maka matlamat untuk mewujudkan ciri-ciri positif yang perlu dimiliki oleh guru berkualiti seperti cergas, beriman, berilmu, berdaya kereatif, kritis dan inovatif serta mempunyai jati diri yang mantap tidak akan tercapai sehingga menyebabkan mutu perkhidmatan mereka merosot. Ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa hasil kajian sebelum ini yang membuktikan bahawa masalah stres memang berlaku dalam dunia perguruan.

Gan (1998) telah membuat kajian tentang sebab-sebab berlakunya stres di kalangan guru sekolah menengah dan mendapati punca utamanya ialah berkaitan dengan pelajar. Kyriacou (1995) merumuskan 7 kategori punca stres guru yang utama ialah pelajar yang tiada motivasi dan mempunyai sikap negatif terhadap pelajaran, pelajar yang engkar dan masalah disiplin, perubahan mendadak akibat desakan kurikulum dan organisasi, suasanan kerja yang tidak memberangsangkan termasuk prospek kerjaya, kekurangan masa, konflik dengan rakan sejawat dan perasaan kurang dihargai oleh masyarakat.

Kuehn (1993) dalam kajiannya mendapati faktor-faktor penyebab stres di kalangan guru ialah kekurangan masa untuk merubah pelajar yang bermasalah dan tidak dapat membuat keputusan yang berkaitan dengan mereka. Jarnagin (1997) dalam kajiannya pula mendapati para guru sering menghadapi masalah dengan kertas kerja yang banyak, red tape, kecewa dengan ibu bapa dan masyarakat, mereka merasakan diri mereka tidak dihargai, faktor gaji yang rendah daan tertekan apabila dinilai ke atas perkara-perkara yang tidak dapat dikawal. Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan ( mungkin tidak berlaku dalam kegawatan sekarang).

Menurut Muhammad (1995), kajian yang dibuat oleh Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan bahawa guru-guru mengeluh terhadap kerja-kerja persediaan guru seperti menyedikan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Datuk Abang Johari Abang Haji Openg, Menteri Pembangunan Industri di Sarawak juga selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan telah menjelaskan sebab-sebab 75 orang guru di Sarawak telah meninggalkan profesion perguruan ( semenjak 1993 hingga Mei 1996). Antara alasan mereka ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan dengan keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat ( Borneo Post, 1996).

Seterusnya, Junainah (1995) melalui kajiannya terhadap tekanan kerja guru beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran adalah menjadi faktor utama wujudnya tekanan kerja di kalangan guru sekolah. Miller ( 1976 ) menyatakan bahawa tekanan kerja guru wujud disebabkan oleh kegagalan penyelarasan di antara profesion mengajar, hubungan keluarga, rasa rendah diri, sikap, personaliti, masalah persekitaran, kesihatan fizikal, masalah kakitangan dan pentadbiran sekolah. Selain itu tuntutan menjalankan tugas dengan berkesan dan cemerlang juga merupakan suatu keadaan yang boleh mewujudkan stres di kalangan guru. Oleh itu, dapatan kajian-kajian ini telah membuktikan sememangnya masalah stres wujud dalam profesion perguruan dan masalah ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana tanggungjawab dan peranan guru penting dalam pendidikan kerana mereka menjadi tenaga penggerak utama dalam organisasi sekolah.


METODOLOGI KAJIAN

Sampel kajian terdiri dari guru wanita yang mengajar di sekolah-sekolah rendah di kawasan Lembah Kelang. Seramai 68 orang partisipan dipilih secara rawak dari 50 buah sekolah di kawasan Lembah Klang.

Partisipan

Hampir 38.2% partisipan adalah berbangsa Melayu dan 61.8% bukan Melayu. Terdapat 8.8% partisipan adalah bujang dan 91.2% telah berkeluarga. Hampir 80% adalah dari keluarga nuklear dan 20 % keluarga extended, 21% guru mempunyai pengalaman mengajar kurang dari 10 tahun, 41.2% mempunyai pengalaman mengajar antara 11 ke 15 tahun dan 36.8% mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 16 tahun. Hampir 80% partisipan adalah dari keluarga yang aman. Perhubungan dengan guru besar adalah baik bagi 63.2% partisipan, 33.8% menganggap perhubungan mereka adalah sederhana baik dan 2.9% mengaku perhubungan mereka dengan guru besar adalah kurang baik. Keadaan ini agak berbeza dengan hubungan dengan pentadbir sekolah seperti guru kanan sekolah, kakitangan pejabat. Mereka menyatakan perhubungan adalah baik bagi 79% dan dalam keadaaan sederhana baik bagi 21% partisipan lainnya. Seramai 45.6% guru menyatakan mereka mengajar mata pelajaran opsyen mereka dan 54.6% yang mengajar subjek yang bukan opsyen. Persampelan ini juga mengandungi guru yang mengajar sesi pagi (79.4%) dan petang (20.8%). Hampir 51.5% diminta mengajar kelas tambahan dan hampir 25% guru berkenaan diminta untuk membuat kerja-kerja luar.

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan adalah dari Jamaludin (1996) yang berpandukan stres kerja oleh Mohamad dan Ariffin (1989) yang mempunyai kebolehpercayan α = 0.9231. kajian ini telah mencatatkan kebolehperacayaan = 0.84 sahaja. Soal selidik yang dibentuk ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu : Bahagian A – untuk mendapatkan maklumat tentang demografi partisipan. Bahagian B – untuk mengetahui tahap stres guru dalam professisonnya dan Bahagian C - untuk mengenal pasti cara-cara guru menangani masalah stres.

ANALISIS DATA

Soal selidik yang telah dikembalikan disemak secara manual oleh pengkaji untuk memastikan semua soalan telah dipenuhi dengan betul. Selepas itu, pengiraan skor dibuat untuk tujuan pengkodan seperti yang dikehendaki di dalam tatacara penggunaan komputer. Selepas pengkodan selesai dibuat, maklumat dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 11.0 for Windows (Statistical Package for Social Sceince).

DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian 1.
Apakah guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang cenderung untuk mengalami stres?

Jadual 1 menunjukkan terdapat hampir 42 % guru wanita di Lembah Kelang menghadapi masalah stres rendah, manakala hampir 55 % pula mengalami stres sederhana dan 4 % sahaja yang mengalami stres yang dianggap tinggi.
[1] Telah diterbitkan dalam International Seminars on Muslim Women: Future and Challanges in Shaping the Ummah. Women the Driving Force in Developing An Excellent Ummah. 2 – April 2005 Sofitel Palm Resort. Johor.


Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9jvqWITCoovAeFoYDMTk_0tURF8d1xFwWsGxmiTUyJVhIH8EwWXbM6kJX3Hl9l2pypkr7eF_eGSRwyvZ7I7JxCM0OpNHPD0JNNqQrvf9bSCmCCnEw2TIAW1Bl5NcRWTw6a0zqrDP3iVc/s400/J1.bmp


Soalan Kajian 2.
Apakah guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang berpuas hati dengan suasana persekitaran kerjaya mereka?
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLs8_uYZw9Lp-99Dp17-ewkXPSExLD8y1EiZeo8zPQfh-36jJYjhMFp_6tIQTlySU5g6KcsgpDDtq_ODX4bvR8ZvgZvM-eqei7zF2CsgBEnSz3jfsiEV_lRaAMWsqFJ-_pf_vbiV5z2MI/s400/J2.bmp

Jadual 2 menunjukkan tahap kepuasan Guru Wanita di lembah Kelang dan mendapati hampir 68% guru wanita adalah dalam tahap kepuasan sederhana dan 32.4% adalah mempunyai tahap kepuasan rendah atau tidak puas.

Soalan Kajian 3.
Apakah perkaitan punca-punca yang membawa kepada berlakunya stres di kalangan guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang?

Kajian ini cuba melihat beberapa faktor yang dijangkakan boleh membawa kepada stress di kalangan guru-guru wanita di sekolah rendah di Lembah Kelang. Beberapa faktor telah disenaraikan sebagai mempunyai pertalian yang kuat dengan stres. Faktor-faktor berkenaan termasuklah:

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjAd686zFPjlRfK9C4ByxYpxuHG_ApXRR19Lh06xAEN8tM8BtVO4gXkWpu9f-xoC9827fdD-bOb0opANtNvDg6JtaQocMyIOcpnn-65YANiqhzNNvgn3ioLnSBMZV_qTlEGn0BmCHb2h4/s400/J3.bmp

Terdapat 16 faktor yang dijangkakan boleh membawa kepada keadaan stres di kalangan guru wanita di kawasan Lembah Klang. Sesudah ujian khi kuasa dua dijalankan kami hanya mendapati terdapat lima faktor sahaja yang mempunyai pergantungan antara stres dengan faktor yang kami andaikan itu. Faktor-faktor itu termasuklah jenis keluarga guru berkenaan c2 (dk=2) = 12.312, p < 0.01), status guru berkenaan sama ada ianya seorang ibu tunggal atau tidak c2 (dk=2) = 29.326, p < 0.001), hubungan dengan guru besar c2 (dk=4) = 12.491, p < 0.05), waktu yang diberikan kepada guru untuk mengajar c2 (dk=10) = 29.290, p < 0.01 dan subjek major guru berkenaan sama dengan subjek yang diajar c2 (dk=2) = 7.329, p < 0.05 juga menjadi faktor penentu tentang stres di kalangan guru berkenaan. Soalan Kajian 4. Apakah tindakan yang diambil oleh guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang untuk menangani masaalah stres ? Secara umumnya masalah telah dapat diambil tindakan dengan baik. Ini berdasarkan kepada peratusan guru yang dapat menangani masalah stres dengan cara mereka sendiri. Terdapat berbagai cara guru wanita menangani masalah stres. Lebih 70% guru wanita mengambil tindakan seperti: (a) menerima hakikat bahawa semua manusia menghadapi masalah, (b) mengharapkan agar masalah stress yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik (c) membuat satau rancangan tindakan untuk menyelesaikan masalah dan mengikutinya dan (d) memperingatkan diri bahawa dalam mana-mana keburukan, ada juga kebaikan.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0yquBbEwlXdTSH3FkAPOwBB5-tmhOCG_vcmJLt5C2jDPV2ObwgyBKIjkli6nSrYcXk7Svum-_thEk2mc42FyAkBqthqCHZJMkKtfY_YOx9J5Tyi7Muu0tUlk-k2Fi7Biszx_ZpscoDio/s400/J4.bmp
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPqIf683TOrdlQOLTMRBqvN3fv9QHfIS_-8xt-lTm0qc5IG2-bhmch1CsqYhUhq7H6wFiBLpdTul7CORGvQCznXYn64dBVYodTSCh5rv1bdvC7lMK7toe756LiRl5scGJeMY65Q6wgRq0/s400/J5.bmp
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhj0LguU2gcDNiATO7_b1Ftg2c9ct1xFuE3fCrAkUeXYS2ci_ftULj85VnFDe20bnPiLKZzwYlRwrfK4nwzUNIdGFWu81At2u81gaby3tqDJz0XcyICLChyphenhyphencz7_UCQyEeJlqiGMGZf5shk/s400/J6.bmp





PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Secara umumnya bolehlah dikatakan guru-guru wanita di sekolah rendah di kawasan Lembah Kelang tidaklah begitu teruk dalam menghadapi masalah stres. Hampir 42 % guru hanya menghadapi tekanan stres tahap rendah, 54 % stres tahap sederhana dan 4% sahaja yang menghadapi stres tahap tinggi. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada wujudnya stres di kalangan guru wanita ini termasuklah Keadaan guru berkenaan sama ada beliau adalah beliau adalah seorang ibu tunggal atau berkeluarga, bentuk keluarga mereka iaitu sama ada keluarga nuklear atau keluarga extended, hubungan mereka dengan guru besar, waktu mengajar yang diberikan kepada mereka dan mata pelajaran yang diajar di sekolah bertepatan atau tidak dengan major guru berkenaan semasa di Maktab Perguruan dahulu. Ini adalah berdasarkan kepada pergantungan antara faktor berkenaan dengan tahap stres di kalangan partsipan berkenaan.

Jika dilihat dari aspek pengawalan stres guru-guru ini, mereka lebih menggunakan kaedah psikologi dalam menangani masalah stress yang mereka hadapi. Lebih daripada 70% guru telah mengambil langkah berikut untuk mengatasi stress yang mereka hadapi. Langkah berkenaan termasuklah menerima hakikat bahawa semua mempunyai masalah, mengharapkan agar masalah stress yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik, menyediakan satu rancangan tindakan untuk menyelesaikan masalah dan mengikutinya dan memperingatkan diri bahawa dalam mana-mana keburukan, ada juga kebaikan.

PENUTUP

Stres adalah sebahagian dan sentiasa melingkari kehidupan seharian manusia. Justeru setiap daripada kita menghadapi stres cuma yang membezakan adalah pada peringkat manakah stres memberi kesan dalam kehidupan Dengan ini, guru juga turut menghadapi stres dan adalah penting bagi guru yang menghadapi stres mengetahui kemahiran pengurusan stres. Ini supaya stres yang dihadapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada guru sehingga menjejaskan imej mereka serta organisasi pendidikan itu sendiri. Diharapkan dengan tugas guru yang semakin mencabar kini, beberapa kajian lain tentang stres guru dapat dlakukan lagi dan kenal pasti tindakan yang boleh diambil agar matlamat pendidikan untuk menghasilkan guru dan murid yang cemerlang tercapai.
Stress dalam Kalangan Guru- Faktor dan Cara Menangani

1.0       PENGENALAN

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab  yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres.

Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.

Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku seterusnya “burn out” yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978).

2.0       DEFINISI STRES

Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa Inggeris; “stress” yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan.

Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi.

Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi.

Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan  boleh membawa maut. Daripada kajian beliau juga mendapati stres juga boleh berlaku ke atas manusia.

 Secara keseluruhannya stres adalah :
·         Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran.
·         Gangguan fungsi kehidupan.
·         Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan  
          desakan hidup.
·         Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif.
·         Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu.
·         Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam
           tubuh.

3.0       FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU

            Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan kepada lima faktor utama;
·         Faktor diri.
·         Faktor interpersonal.
·         Faktor organisasi.
·         Faktor kekurangan sumber.

3.1       Faktor diri
Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji yang lumayan.

Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.

Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.


3.2       Faktor Interpersonal
Daripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.

Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.

3.3       Faktor Organisasi
Faktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain guru.

Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah;
·         Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.
·         Tugasan kerja berterusan (kronik).
·         Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.
·         Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.
·         Perubahan dasar yang drastik.

Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di dalam laporan yang bertajuk; Beban Tugas boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan bahawa peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan.

3.4       Faktor kekurangan Sumber.
Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah stres yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap stres guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.

Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor stres dikalangan guru ialah mereka terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran dan kehendak mereka. Hal ini sama sekali tidak akan berlaku sekiranya bilangan guru di sekolah mencukupi.


4.0       MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU
Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara.

Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

4.1       Kenal pasti reaksi emosional.
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

4.2       Komitmen sosial.
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.


4.3       Kehidupan fizikal.
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.

Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.

Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat  tentang sesuatu isu.
Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.


4.4       Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka  lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.

Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.


Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor atribusi terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:
a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)
b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills)

Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.

Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.

Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.

Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.

Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.

Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.

Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.

5.0       KAEDAH ISLAM DALAM MENANGANI STRES
Islam merupakan agama yang sempurna. Cara yang terbaik dalam menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang (2009) menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang sepenuhnya akan membantu mengatasi masalah stres dikalangan guru.

Seorang guru yang beragama Islam seharusnya memainkan peranannya sebagai agen dakwah dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam terlebih dahulu. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani segala masalah.  Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun, 23: 1&2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam solatnya".

Perkataan “aflaha” atau berjaya di sini bukan sekadar berjaya di dunia malah berjaya juga di akhirat. Mereka yang beroleh khusyuk dalam solat, akan juga beroleh khusyuk dan ketenangan dalam kehidupan dan minda mereka. Malah seruan azan juga turut mengaitkan solat dengan kejayaan. Marilah bersolat dan marilah menuju kejayaan.

Abu Darda' di dalam kitab al-Asas fi Tafsir menyatakan bahawa khusyuk itu ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan. Faedah khusyuk ini akan membina jati diri seseorang muslim yang taat dan soleh, yang tenang dan aman jiwanya dan yang ikhlas dalam tindak-tanduk amalnya. Ketenangan jiwa merupakan penawar utama bagi masalah stres.

Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa dan menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka yang senantiasa mengingati-Nya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT berfirman dalam surah al-Rad, 13: 28 yang bermaksud, "(Iaitu) orangp-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga berfirman dalam surah al-Baqarah, 2:152 yang bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku, nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian".

Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu menjadi penenang kepada jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda". (Hadis riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi mereka, cintakan keluarga nabi dan membaca al-Quran".

Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres. Mereka yang mengalami stres khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha mencapai solat yang khusyuk, sentiasa berzikir dan menghayati isi kandungan al-Quran. Amalan-amalan ini terbukti mampu menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.


6.0       PENUTUP

Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian sememangnya mewujudkan stres kepada guru-guru.

Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang yang kompleks dan mencabar. Guru bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu memastikan tanggung jawab utama iaitu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kodusif.
Boleh dikatakan stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan stres amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan  mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia pendidikan yang mendatang. Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara.



Disediakan Oleh : Ahmad Faiz Bin Malek Sifulazan