UNIT 1 : KEMAHIRAN
ASAS KAUNSELING 2
|
Written by Angriani
|
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS
KAUNSELING
Kemahiran Mendengar
·
Merupakan
satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling.
·
Dalam
hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada
menyampuk percakapan klien.
·
Untuk
benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor
perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar
semua percakapan klien tersebut.
·
Selain
dari tutur kata, gerak geri (body language) klien semasa bercakap juga patut
dilihat dan didengar sama.
·
Segala
tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu.
·
Pemahaman
yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik.
·
Di
dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar
iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui
tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
Kemahiran Membina
Hubungan
·
Merupakan
langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling.
·
Tujuannya
adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan
rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang.
·
Sebagai
satu indikator untuk memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang
dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.
·
Kaunselor
mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan
menunjukkan kemesraan.
·
Dalam
kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina
suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi,
penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada
suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling.
·
Kemahiran
ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan
cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan
lisannya.
·
Dalam
sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang
hendak disampaikan.
·
Oleh
itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah
yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi
daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak
yang lahir daripada muka semasa berinteraksi.
1.3 PERINGKAT-PERINGKAT PROSES
KAUNSELING
·
Secara
umum aktiviti-aktiviti berikut berlaku dalam proses kaunseling ;
* PENYEDIAAN DAN KEMASUKAN * PENJELASAN * PENSTRUKTURAN * PERHUBUNGAN * PENEROKAAN * PENGUKUHAN * PENGUKUHAN * PENAMATAN
·
Terdapat
tiga peringkat asas yang utama dalam proses kaunseling individu ataupun
kelompok.
·
Setiap
peringkat ini merupakan suatu proses yang progresif di mana ia melibatkan
perhubungan yang unik di antara kaunselor dan klien.
Peringkat Permulaan 1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai. 2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian. 3. Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu Peringkat Pertengahan 1. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian. 2. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien. 3. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya. Peringkat Penamatan 1. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan:
·
Membincangkan
tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap
tindakan yang diambil itu.
·
Mengenalpasti
tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor.
·
Mengakhiri
kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses.
|